Sunday, July 17, 2016

Lama tak update blog.

Assalammualaikum semua.

Lamanya dah saya tidak update blog.

Busy dengan kerja dan belajar.

Alhamdulillah dah tamat belajar walau belum lg official. Masih menunggu jawapan sama ada layak berkonvo ataupun tidak. Semoga dipermudahkan urusan saya untuk berkonvo pada bulan November nanti. InsyaAllah.

Dan akan melansungkan perkahwinan pada bulan September nanti. InsyaAllah. Moga dipermudahkan segala urusan untuk membina masjid dengan Alhamdulillah seorang lelaki yang pada pandangan saya dan ibubapa saya baik.

Perkenalan yang tidak lama. Dia menyatakan hasratnya melalui ibunya untuk berkahwin. Walaupun dia hanya menurut kehendak ibunya agar berkahwin dengan saya. Pada mulanya ragu-ragu tetapi bila difikirkan hati terdetik:

"maybe it's time, and ALLAH says i'm ready. sebab tu DIA hadirkan lelaki yang baik yang terus menyatakan hasratnya walau tak kenal lama."

Dengan itu, saya menerima hasratnya dan kami pun bertunang pada bulan tiga (maaf abang, eqha lupa tarikh kita tunang, hehe) dan bakal berkahwin pada bulan sembilan nanti. Moga dipermudahkan urusan kami.


Hantaran saya pada beliau. Buah, sirih junjung, kain nikah, biskut, coklat, tuala dan kek. 
Kek tak sampai lagi. Simple sangat. Sebab tetiba nak tunang, tetiba nak kahwin.
 I is diawang-awangan. hehe


Saya, beliau dan adik sepupu beliau. Kami tak pernah saja2 nak ambik gambar berdua sesama. 
I is Malu. hehe


Cincin risik dan cincin tunang. Nampak parut percik minyak? 
I is rajin didapur tanyanya. 

Monday, October 19, 2015

Hectic~

Assalammualaikum~

Jumpa lagi blog ini. Dah banyak habuk. Lama tak update.

Sekarang tiada yang menarik. Tiada fakta dan topik yang ingin dibincangkan.

Sedang sibuk dengan pengajian. Serasa sedang berenang dalam lautan madu.

Tak terasa nafas yang dihela. Betapa cabaran belajar ini sangat2 mencabar.

Masa ada tetapi idea tiada, idea datang masa terkengkang.

Untuk diri sendiri tiada masa, apatah lagi untuk orang lain.

Berkorban sekarang untuk gapai matlamat, dengan izin-Nya.

Sedang berusaha dengan sedaya upaya untuk berubah.

Untuk menjadi lebih baik daripada yang sebelum ini.

Mencari apa yang kurang.

Semakin ilmu dicari semakin merasanya kurangnya ilmu yang ada didada.

Kekadang timbul riak dalam diri. Tetapi cepat2 memohon ampun pada yang diatas.

Refleksi hari2 dilaksanakan agar keesokan hari dapat diatasi atau diselesaikan masalah yang timbul.

Mungkin aku sekarang sejak mula bekerja agak jauh dr Allah. Maka hidup aku kucar-kacir.

Mula ada masalah yg timbul. Yang menyerabutkan kepala. Dengan kerja bertimbun. Tak sudah2.

Aku perlu berhenti dan menghadap Dia, membaca surat2 nya dan membasahkah lidah dan mendinginkan telinga dengan perkara2 yang menuju padaNya.

Biar hati aku tenang. Biar jiwa aku tersusun. Biar aku ini kuat. Aku tak kuat.

Kembali pada Dia adalah langkah pertama. Moga langkah ku ini tak hanya pada masa2 awal sahaja.

Moga sepanjang hayat aku.

Amin~